Friday, September 24, 2010

Kenapa Manusia Senang Berubah Hati?

Yours Truly tengah cuba memahami sifat-sifat manusia yang serba kekurangan, dan selalu tertanya-tanya kenapa manusia senang berubah hati? Tak kisahlah, dalam relationship, in making a decision, dan sebagainya..


Yours Truly pun terjumpa satu artikel dar blog Genta Rasa, artikel Masalah Itu Didikan Allah :) 


Nak amek beberapa petikan yang Yours Truly rasa sangat betul, dan memang kena dengan hidup manusia yang penuh dengan liku-liku hidup ini :


Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.
Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.
Allah takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita :)
Gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.
We're tougher than we think :)
Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Don't fret, just do what u've got to do :)
Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

1 comment:

  1. terima kasih.. entry yang memberi kekuatan dan pengajaran untuk orang2 yang sedang dilanda kesusahan mcm aku. sebenarnya dah tahu, tapi bila ada yang mengingatkan mcm ni, alhamdulillah... terima kasih...

    ReplyDelete