Monday, August 30, 2010

Melakukan Solat Sunat Terawih di Rumah


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح
 ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



Terawih bermaksud berehat atau bersenang-senang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda banyak melakukan solat sunat terawih di rumah. Hanya pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, dihimpunkannya para sahabat untuk melakukan solat terawih secara berjemaah. Solat terawih merangkumi solat tahajjud atau solatul-lail boleh diamalkan dengan surah Al-Fatihah di iringi ayat-ayat Al-Quran.
     Solat sunat terawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Namun bagitu, kaum Hawa amat digalakkan untuk melakukan solat terawih ini di rumah. Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
     Solat sunat terawih boleh dilakukan sebanyak 8 ataupun 20 rakaat di ikuti dengan 3 rakaat solat sunat witir, mengikut kemampuan masing-masing. Dinamakan solat ini terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat.

Waktu melakukan solat terawih
Tempoh melakukan solat terawih bermula selepas solat Isya' dan sebelum solat Subuh.

Hukum Solat Terawih
Hukumnya sunat mu'akad, amalan sunat ini sangat dituntut.



Doa Sesudah Solat Terawih


 الحَمْدُ للهِ رَبِّالْعَالَمِينَحَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهْ ﴾ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكْاَللَّهُمَّ صَلِّعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ  اجْعَلْنَا بِاْلإِيماَنِ كَامِلِينْ وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدّيِنْ  وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِينْ وَعَلَى الصَّلَوَاتِ مُحَافِظِينْ وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينْ وَبِالنَّعْمَاءِ شَاكِرِينْ وَعَلَى الْبَلاَءِ صَابِرِينْ وَفِى الدُّنْياَ زَاهِدِينْ  وَفىِ اْلآخِرَةِ رَاغِبِينْ وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِينْ وَفِي الْجَنَّةِ دَاخِلِينْ وَمِنَ النّاَرِ ناَجِينْ وَعَلَى سُرُرِ الْكَرَامَةِ قاَعِدِينْ  وَمِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَلَبِّسِينْ وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِينْ وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفًّى شَارِبِينْبِأَكْوَابٍ وَأَباَرِيقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِينْ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِييِّنَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينْ وَصَلّ ِاللَّهُمَّعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّالْعَالَمِينْ ﴾


Hai Allah, jadikanlah kami orang yang imannya sempurna. Bisa mengerjakan yang wajib. Bisa menjaga sholat dan bisa menunaikan zakat. Bisa menuntut atau mencari kebaikan di sisi-Mu, mengharap ampunan-Mu, memegang teguh petunjuk-Mu, berpaling dari penyelewengan, zuhut (sederhana) terhadap dunia, mencintai amal untuk bekal akhirat, redha terhadap kepastian (Allah), syukur terhadap nikmat yang telah diberikan, dan sabar terhadap segala cubaan.

Dan mudah-mudahan di hari kiamat nanti, kami dalam satu barisan dibawah panji junjungan Nabi Muhammad SAW melewati telaga yang sejuk, bisa masuk syurga, duduk diatas tahta kehormatan, didampingi bidadari, mengenakan pakaian kebesaran dari sutra warna warni, menikmati makanan syurga, minum susu dan madu murni. Dalam gelas2 dan kendi2 yang tak pernah kering, bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat kepadanya dari golongan para Nabi para Shiddiqin, para syahid (yang gugur dalam membela agama Allah), para solihin, dan baik sekali mereka menjadi kawan kami.

Demikianlah kemurahan dari Allah dan mudah2an Dzat yang Maha Mengetahui memberi kecukupan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam.




Doa Sesudah Solat Sunat Witir


 اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّالْعَالَمِينْ اَللَّهُمَّ صَلِّعَلَى مُحَمَّدْ  وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينْ  اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمْ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنّاَ  اَللَّهُمَّ إِنّاَ نَسْأَلُكَرِضَاكَ وَالْجَنَّةَوَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنّاَرْ اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّاَ صِياَمَناَ  وَقِياَمَناَ  وَرُكُوْعَناَ وَسُجُوْدَناَ وَتَضَرُّعَناَ وَتَخَشُّعَناَ وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَناَ  بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينْ  اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّاَ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمْ  وَ تُبْ عَلَيْناَ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمْ  سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمّاَ يَصِفُونْ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّالْعَالَمِينْ ﴾



Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

No comments:

Post a Comment