Sunday, August 29, 2010

Fadhilat Melakukan Solat Terawikh


Malam 1: keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2: diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3: berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus : "Semoga Allah mengampukan dosa dikau"
Malam 4: memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al-Quran.
Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.
Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7: seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.
Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10: Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11: keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12: datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13: datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14: datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15: semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16: Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.
Malam 18:   Seru malaikat: "hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19: Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam 22: datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
Malam 23: Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didalam syurga daripada nur.
Malam 24: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27: Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
Malam 29: Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripadatelaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”

No comments:

Post a Comment