Thursday, September 16, 2010

Jagalah Allah, Allah Menjagamu "Dr Aidh Abdullah AlQarni" Part 1

Last summer ada beli buku ni masa kat Malaysia (summer 2009) tapi sekarang baru terjumpa balik, and ingat nak bedah balik buku ni :)


Dalam buku ini, ade bincangkan pasal Ciri2 Orang Yang Terhilangnya Rasa Takut Kepada Allah :



  • Lalai (Ghafiah) : Ada sebahagian manusia ada hati tapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, ada telinga tapi tidak digunakan untuk mendengar dan ada mata tapi tak digunakan untuk melihat. 
          Surah Muhammad:24 "Atau hati mereka terkunci"

          Orang2 yang lalai selalunya memang susah untuk dinasihati sebab hati mereka sudah tertutup. Jadi  selalu lah "basuh" hati kita.

  • Melakukan Maksiat : Semakin banyak buat dosa, semakin keras hati. Mulanya dengan perasaan sesak yang timbul dalam hati, kemudian hati menjadi keras dan akhirnya ditutup. Orang yang fasik selalunya dikeraskan hatinya, dan dorongan nafsu menimpa hati orang yang beriman.
         
         Surah Al-Mutaffifin ayat 14 : Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu  mereka usahakan itu menutup hati mereka.

Ertinya; apa yang mereka buat (orang kafir dan fasik) itu telah menggumpal di dalam hati mereka dan menjadikan hati mereka tertutup.

  • Melebihkan Kesenangan Duniawi Drpd Kepentingan Akhirat : Bermegah-megahan di dunia, berlumba membanyakkan harta dunia, hidup secara berlebihan dan mendahului dunia daripada akhirat boleh menyebabkan seseorang itu rasa kurang takut kepada Allah.
  • Menghabiskan Waktu Kepada Aktiviti Tidak Berfaedah : Ramai kaum muslim zaman sekarang yang lalai dengan waktu, tapi lebih sibuk mengira duit dan harta. Sehingga hari-hari mereka habis tanpa pernah merenungkan kebesaran Allah. Ketuka ditanya tentang ubat penyakit syubhat ( penyakit hati yang menimbulkan kekeliruan dalam memahami agama) dan penyakit syahwat (penyakit hati yang menimbulkan dorongon hawa nafsu), Ibnu Taimiyah berkata ;
" Cara paling berkesan untuk meleyapkan penyakit itu adalah memperbaiki segala kewajipan agama baik lahir mahupun batin. Cara memperbaikinya secara batin adalah dengan mengikhlaskan niat dan amal kerana Allah. Maka ketika Engkau berdiri tegak untuk menunaikan solat, ingatlah bahawa Engkau tengah berdiri dihadapan Allah. Secara lahirnya pula, adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah. Kemudian setelah menjalankan perkara-perkara wajib, lakukanlah dan amalkanlah berbagai amalan sunnah. Sebab setiap kali hamba sujud kepada Allah(dalam solat), maka Allah akan meninggikan satu darjatnya".

No comments:

Post a Comment