Saturday, September 11, 2010

Salam Eid Mubarak kepada semua

Alhamdulillah, hari ini hari kedua kita menyambut Aid ul Fitri. Mesti semua sibuk bertandang dari rumah ke rumah, jumpa family members dan rakan2 kan? Rindunya kehangatan sambut Raya di Malaysia. Sambutan di France hambar sedikit. Hari raya pertama semalam di habiskan dengan kelas dari pagi hingga lah ke petang, takpe.. itu semua dugaan.


Walaupun dah lambat sehari :p Hari ni nak bincang pasal amalan sunnah di Aidilfitri 


1. Bertakbir pada 1 Syawal bermula dari terlihat anak bulan sehingga selesai imam berkhutbah di hari raya


          Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu    membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185. 




2. Lafaz ucapan selamat hari raya di Aidilfitri. Pada zaman Rasulullah dulu, para sahabat    melafazkan taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu) antara satu sama lain di pagi raya.


3. Meneruskan qiyamulail. Jangan terus lupakan amalan bersunat terawih, teruskan amalan ini dengan melakukan solat tahajjud pada dua pertiga malam.

4. Mandi sunat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:


         “Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari      Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i


5. Makan sebelum solat Aidilfitri. Dengan melakukan begini, dapat menghindari semua andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

6. Memakai pakaian yang indah-indah




 Imam Syafier berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”


7. Mengerjakan puasa sunat enam pada bulan Syawal




Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

What Do Muslims Believe?: The Roots and Realities of Modern Islam

1 comment: